SPI PAHANG

Questions & Answer

SOAL JAWAB PERMOHONAN ATAS TALIAN SMKA

 1. Bilakah keputusan permohonan boleh diketahui?

     Proses permohonan akan dilakukan dalam masa dua minggu selepas keputusan UPSR      
     diumumkan. Surat tawaran akan dihantar dua minggu sebelum sesi persekolahan bermula.

 2. Bagi pelajar yang gagal mendapat tempat di SMKA, bolehkah mereka membuat rayuan?

     Tidak perlu buat rayuan. Tunggu sehingga ada kekosongan akan ditawarkan. Bagi pelajar 5A,
     4A1B dan 3A 2B mereka akan ditawarkan ke Kelas Aliran Agama yang berhampiran tempat
     tinggal.

 3. Bagaimana nasib pelajar yang tidak memohon secara online? 

     Rayuan hanya akan dibuka mulai 15 Januari setiap tahun Dapatkan borang rayuan dari SPI JPNP
     atau PPD yang berhampiran. Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar ke SPI.

 4. Adakah pelajar sekolah swasta layak memohon?

     Pelajar dari sekolah swasta tidak dipertimbangkan. Hanya dari sekolah KPM sahaja.

 5. Bolehkah mereka membuat rayuan?
     Kita tidak menghalang kalau nak buat rayuan tetapi tetap tidak akan dipertimbangkan kerana ini
     dasar KPM.

 6. Bagaimana jika sekiranya mereka memasuki SMK harian biasa kemudian membuat rayuan      untuk ke SMKA atau KAA? 

    Prosedurnya tetap sama.TIDAK DIPERTIMBANGKAN kerana permohonan dan tawaran dibuat
    berdasarkan di mana mereka mengambil UPSR.

 7. Apakah peluang yang ada untuk pelajar dari sekolah swasta?

     Tunggu hingga lepas PT3, mereka boleh memohon ke SMKA dengan menepati syarat yang    
     ditetapkan. Syarat akademik bagi pengambilan murid ke SMKA seperti berikut:

     i.  Memperolehi keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dengan pencapaian minimum seperti          berikut:

        a. Memperolehi Gred A dalam mana-mana 4 mata pelajaran;
        b. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Matematik dan Sains;
        c. Memperolehi sekurang-kurangnya Gred C dalam B.Arab;
        d. Lulus dalam mata pelajaran lain;
        e. Syarat-syarat yang telah ditetapkan hanya tertakluk kepada permohonan baru dari luar    
            SMKA; dan
        f. Pemilihan yang dibuat oleh negeri-negeri tidak mengubah dasar yang ditetapkan oleh BPI
            tetapi menentukan kedudukan pemohon.
      ii. Cemerlang dalam PAJSK.
      iii.Penentuan ke aliran sains dan sastera berdasarkan ujian Psikometrik.

 8. Bagaimana kedudukan mereka yang tidak memohon secara online?  
            
     Di mana mereka nak bersekolah? Mereka bersekolah di sekolah yang ditempatkan oleh PPD    
     (Feeder School) dahulu sehinggalah kalau ada rezeki mereka ditawarkan ke SMKA.

 9. Bagaimana dengan pelajar yang tersalah klik sekolah semasa memohon?

     Buat rayuan mulai 15 Januari. Masukkan dulu Feeder School.

10. Pelajar yang ditawarkan ke SMKA bolehkah mohon tukar ke SMKA lain dalam Pahang?    
      Sebarang pertukaran tidak dibenarkan. Sebarang kelulusan adalah oleh Pengarah JPNP sendiri.

 11. Bagaimana dengan pelajar yang penjaga telah berpindah ke luar negeri Pahang? 

       Adalah mereka boleh memohon tukar? Boleh dengan syarat ada kekosongan di negeri tersebut.

 12. Pelajar yang telah mendaftar ke SMKA kemudian memohon tukar kerana contohnya 
       tidak sesuai tinggal di asrama, jauh dari keluarga, adakah mereka boleh memohon ke 
       SRK lain?

       Contoh: SMKA TAHAP ke SMART.
       Pertukaran dibolehkan tetapi penempatan ke sekolah harian biasa.

 13. Pelajar yang telah mendapat SMKA kemudian menerima tawaran SBP atau MRSM. 
       Setelah  berada di SBP atau MRSM seminggu adakah mereka boleh berpatah balik ke 
       SMKA? 

       Tidak boleh. Ini persetujuan bersama mesyuarat dengan Pengarah JPNP dan Sektor Pengurusan
       Sekolah. Penempatan baru ke sekolah harian biasa.

 14. Permohonan masuk dari Sekolah Swasta/SAR/SMAN dari negeri Pahang atau negeri lain          ke SMKA/KAA. 

       Tidak dibenarkan bagi Tingkatan 1, 2, 3 dan 5.
       Tingkatan 4 – dibenarkan dengan melihat keputusan PT3. {Paling rendah 4A, Bahasa Arab C )

 15. Bagaimana permohonan dari luar Pahang ke SMKA.

       Dengan mengisi borang secara manual.
       Borang boleh didapati di SPI atau PPD daerah negeri Pahang.

 16. Pertukaran Pelajar dari sekolah Swasta/SMAN/SAR ke SMKA.

       Pertukaran tidak dibenarkan kecuali tingkatan 4 (mengikut syarat PT3. Bukan pertukaran tetapi  
       tawaran masuk)

 17. Pertukaran Pelajar dari sekolah Swasta/SMAN/SAR ke SABK.

       Pertukaran ke SABK sila berhubung dengan SABK yang dipilih untuk kelulusan masuk ke
       sekolah tersebut.

 18. Pertukaran masuk pelajar dari Sekolah Aliran Biasa hendak ke KAA ting 2, 3, 4 dan 5. 
   
       Tidak dibenarkan kerana tiada asas Bahasa Arab.
       (Bagi Tingkatan 1 tiada pertukaran tetapi hanya tawaran berdasarkan permohonan selepas  
        UPSR)

 19. Pertukaran murid KAA ke KAA Tingkatan 1 – 5.

       Kelulusan: Tingkatan 1 – 3 : Sektor Pendidikan Islam JPNP
       Tingkatan 4 – 5 : Unit Menengah JPNP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan