SPI PAHANG

LATAR BELAKANG


Sektor Pendidikan Islam (SPI) mula dikenali sebagai Unit Pendidikan Islam dan bernaung di bawah Sektor Pengurusan Akademik yang diketuai oleh seorang Ketua Unit. Dalam penstrukturan baharu Jabatan Pendidikan Negeri Pahang pada tahun 2008 oleh Kementerian Pendidikan turut melibatkan penstrukturan Unit Pendidikan Islam ketika itu. Unit Pendidikan Islam telah dibesarkan fungsi dan peranannya untuk bertindak sebagai sebuah sektor dan diberi nama Sektor Pendidikan Islam.

                   Kini Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang mempunyai tiga unit iaitu Unit Pengurusan Pendidikan Islam, Unit Pengurusan Institusi Pendidikan Agama dan Unit Pengurusan Dakwah & Syiar Islam.


                   Sektor Pendidikan Islam diketuai oleh seorang Ketua Sektor dan dibantu oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Tiap-tiap unit pula diketuai oleh Ketua Unit masing-masing. Sehingga kini, Sektor Pendidikan Islam ada seramai 20 orang pegawai dan dibantu oleh 6 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan